top of page

Teori Fungsionalisme

August+Comte+(+).jpg
slide1-l.jpg
herbert-spencer-death-anniversary.png

 TEORI FUNGSIONALISME DALAM SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN

 

Fungsionalisme berasal daripada kata asal fungsi yang bermaksud peranan atau tugas. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, fungsionalisme merupakan suatu istilah falsafah yang bermaksud sebuah reka bentuk yang mempunyai kegunaan ataupun peranan. Hal ini menjelaskan kegunaan sesuatu tersebut bermakna suatu fungsi atau gerak kerja yang memanfaatkan sesuatu perkara. Teori ini telahpun diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim. Teori struktural fungsional berbicara perilaku manusia dalam kerangka masyarakat dan bagaimana perilaku tersebut dapat mempertahankan keadaan keserasian dalam masyarakat(organisasi). Berdasarkan teori ini, masyarakat moden berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan semasa. Teori fungsionalisme ini juga berkait rapat dengan perubahan sosial apabila masyarakat dianalogikan sebagai organisma biologi hidup. Masyarakat yang dimaksudkan dalam konteks tersebut adalah merujuk kepada masyarakat berstruktur moden. Teori ini juga menekankan fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan yang memberikan sumbangan terhadap perkembangan dan keperluan masyarakat.

 

Antara aplikasi situasi sosiologi dengan pembelajaran dalam konteks teori fungsionalisme adalah seperti fungsi mensosialisasikan pelajar dengan nilai dan peraturan yang diperuntukkan dalam masyarakat. Hal ini dapat berfungsi melalui peranan yang boleh dimainkan pihak sekolah dalam menentukan nilai dan peraturan yang perlu dituruti para pelajar supaya dapat mewujudkan suatu bentuk sosiologi yang berkesan dalam pembelajaran dan perkembangan mereka di sekolah. Tambahan daripada itu, peraturan dan nilai yang ditetapkan jelas menunjukkan fungsi dan aturan kemas struktur organisasi pengurusan sekolah. Misalnya, dalam sesebuah sekolah, dapat melihat bagaimana struktur sekolah dibentuk dan bagaimana setiap ahli dalam sekolah seperti staf dan guru-guru berfungsi untuk memastikan sekolah mencapai visi dan misi serta matlamat besar yang ditetapkan. Oleh hal yang demikian, pencapaian dan kelancaran suatu struktur masyarakat dapat menunjukkan kepentingan fungsi yang dimainkan demi mempengaruhi peningkatan kualiti sosiologi dan pembelajaran kepada masyarakat terutamanya para pelajar.

 

Selain itu, melalui teori fungsionalisme dalam sosiologi dan pembelajaran dapat menghubungkan pembelajaran dengan keseluruhan masyarakat iaitu antara sekolah dengan keperluan-keperluan masyarakat. Hasil pembangunan para pelajar dalam pembelajaran dapat membolehkan mereka direkrut atau ditempatkan dalam pelbagai kedudukan atau bidang berkedudukan yang sesuai  dalam masyarakat berdasarkan fungsi dominan, bakat, kepakaran dan kebolehan masing-masing.  Hal ini menunjukkan pembangunan kemajuan masyarakat hasil daripada peranan institusi pembelajaran seperti sekolah yang berfungsi menyediakan keperluan para pelajar menambah ilmu pengetahuan serta pengalaman nilai hidup demi melahirkan individu yang diperlukan dalam masyarakat. Sebagai contoh, pelajar yang mempelajari fizik, biologi dan kimia dapat berfungsi dalam bidang perubatan dan sebagainya.

 

Di samping itu, teori fungsionalisme ini turut menjelaskan bahawa setiap pihak yang terlibat mempunyai peranan dan fungsi masing-masing yang membolehkan suatu matlamat dapat dicapai dengan jayanya. Sebagai contoh, bagi seseorang pelajar itu untuk menjadi individu yang cemerlang dalam masyarakat, memerlukan fungsionalisme setiap pihak terlibat dengannya. Pihak sekolah misalnya, dapat berperanan mendidik dan memupuk suasana sosiologi dan kemasyarakatan dalam pembelajaran di sekolah dengan memberi peluang kepada pelajar merasakan dan membiasakan diri dengan rakan-rakan seperjuangan yang mempunyai pelbagai latar belakang agama, bangsa serta taraf hidup. Hal ini mampu mengasuh kehidupan dan perilaku pelajar untuk lebih bertoleransi dan bersosial secara interaksi berkesan sebagai pengalaman dan persiapan menghadapi masyarakat luar. Guru yang terdapat di sekolah juga dapat berfungsi memberikan didikan secara formal dalam aspek intelek dan disiplin sosial para pelajar. Guru mampu membimbing para pelajar dalam pelbagai aspek seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani supaya mereka dapat meningkatkan modal insan masing-masing serta dapat mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. Selain daripada itu, pihak ibu bapa juga bertanggungjawab berfungsi mendidik individu secara tidak formal di rumah serta berpeluang menjadi penasihat dan pendorong. Hal ini menunjukkan masyarakat sekeliling yang terlibat secara langsung atau tidak langsung mempunyai fungsi masing-masing dalam mendidik perlakuan sosial dan institusi untuk lebih berkualiti.

 

Kesimpulannya, jelaslah bahawa teori fungsionalisme dalam konteks sosiologi adalah suatu sistem daripada beberapa bahagian atau pihak yang saling berhubung antara satu sama lain serta saling memanfaat dan memerlukan. Ahli masyarakat dan institusi sosial saling bergantungan. Masyarakat bersatu hasil daripada kesepakatan sosial (social consensus (cohesion) iaitu merujuk kepada apa yang dianggap sebagai yang terbaik bagi masyarakat dan bagaimana ahli bekerja sama bagi mencapai matlamat yang sama menerusi interaksi sosial.  Maka jelaslah ianya bertepatan dengan teori ini yang turut mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. 

 

RUJUKAN

1. Rida Desnila Putri, S.Pd,Ahmad Dani, S.Pd,(2020)MEMAHAMI TEORI-TEORI SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN, diakses pada 2 JUN 2021, daripada

https://d1wqtxts1xzle7.cloudfront.net/64706445/AHMAD_DANI_RIDA_DESNILA_PUTRI_SOSIOLOGI_PENDIDIKAN_AGAMA_ISLAM_KELOMPOK_3.pdf?1602982848=&response-content-disposition=inline%3B+filename%3DAHMAD_DANI_and_RIDA_DESNILA_PUTRI_SOSIOL.pdf&Expires=1622734969&Signature=XmzKOTTosFfsE8rhi6BOGFR4b0Xf~rZk93-FVsY7150Q1w3n9MFmK7F79uwNWFQtrTVWnIwTbrcAL6fIgKh4lPC7fkq0SNh7rCUw6gWyEIeqbxRI6KE7nCsbhxkoH9aXpHaY8JNnXvrBuiOc0eA7Qnm1qpg5R0hcBx2w1o5y58Y5vCBiLYxCUeMPaaIcbwKyAe4OL0euBFBdxpxcRyzQIeUwsOgt973BEFzYcUrkN51VG9zmIVhkOxO3Q3KjDbi29ombuqYAJySfWe~nUargcnmtTYY~4TKuEUmt~V7-GiKhuq7g77J-TORXjoUKkx~8Z5FvdaNiHNOG63l-CFCqpg__&Key-Pair-Id=AP

bottom of page